Wednesday, August 19, 2009

PENGINAPAN YANG SELESA UNTUK ANDA SEKELUARGA

Remove Formatting from selection
FAMILY HOMESTAY
Lot 71, Lorong Selamat 9
Kampung Selamat
Kuantan, Pahang Darul Makmur
MALAYSIA.


No. Telefon :  017- 472 3989/017-476 3989
Email: familyhomestay@gmail.com

FAMILY HOMESTAY terletak hanya 3 KM dari Bandar Kuantan, melalui Jalan Telok Sisek menuju ke Pantai Telok Chempedak. Sebuah kawasan perkampungan yang berhampiran dengan pantai, pusat rekreasi, deretan gerai makan, institusi pengajian tinggi (IKIP) dan Regimen 505 Askar Wataniah. Dikelilingi tempat-tempat menarik seperti Pantai Gelora dan Taman Rekreasi Gelora yang terletak hanya 400 meter sahaja dan anda boleh ke sana dengan berjalan kaki untuk melihat keindahan pantai dan bersantai bersama keluarga tersayang. Selepas penat berjalan anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai hidangan di gerai-gerai yang banyak terdapat di situ.

Anda sekeluarga boleh bersarapan pagi dengan mencuba nasi dagang dan nasi minyak yang terkenal di Kampung Selamat, gerai tersebut terletak hanya 100 meter dari tempat anda menginap. Pada setiap hari Ahad, anda sekeluarga boleh membeli barang-barang keperluan harian, pakaian dan buah-buahan di Pasar Malam yang beroperasi mulai jam 5 petang. Sekiranya anda bercadang untuk membuat barbeque bersama keluarga, anda boleh mendapat bekalan ikan-ikan segar yang dijual di gerai-gerai ikan yang terletak di Tanjung Api tidak jauh dari situ.

Jika anda ingin menikmati keindahan pantai yang terkenal di Negeri Pahang, anda boleh berkunjung ke Pantai Telok Chempedak yang terletak hanya 3 KM sahaja. Anda sekeluarga boleh bersantai sambil menikmati keindahan pantainya dan mandi-manda serta berehat di situ. Anda sekeluarga juga boleh menikmati pelbagai juadah samaada di gerai-gerai makan atau di restoran yang eksklusif yang banyak terdapat di situ. Sebelum balik, anda boleh mendapatkan pelbagai cenderahati yang dijual digerai-gerai untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan atau hadiah.

Sekiranya anda sekeluarga merancang untuk bercuti bersama keluarga di Bukit Gambang Water Park, anda hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke sana melalui Jalan Kuantan - Gambang. Pelbagai aktiviti air disediakan seperti : Water Park Gracier River, Water Park Kiddie Slider dan Water Park Wave Small. Anda juga boleh menjalani aktiviti luar yang disediakan seperti Paint Ball War Zone, Fun Ride, Rafting dan Arch.


Kemudahan Yang Disediakan:
  • Rumah banglo setingkat mengandungi 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Bilik-bilik dan ruang tamu berhawa dingin sepenuhnya .
  • Dilengkapi dengan perabut moden - 2 katil double dan 2 katil single, tv ASTRO, peti sejuk, peralatan dapur untuk memasak dan mesin basuh automatik.
  • Bilik mandi utama dilengkapi " water heater " .
  • Tempat letak kereta yang luas.
  • Tilam dan bantal tambahan disediakan tanpa bayaran (atas permintaan).

No comments:

Post a Comment